Buy real YouTube subscribers. Best price and warranty.
Get Free YouTube Subscribers, Views and Likes

“Jiwa Melayu Pekat Dalam Diri” Rita Kalsom Rafi @ Mangan”

Follow
Magic Fingers

“Jiwa Melayu Pekat Dalam Diri”, Rita Kalsom Rafi @ Mangan”
Ruangan : Wawansabda Bahasa
Editor : Yusaida Yusof
Penulis : Rosli Mohd Nordin
Konsep, Penata Gaya & Pengarah Seni : @roslimn
Jurufoto, Videografer & Visual Editor : @azrul_azizi_aziz
Lokasi : Taman Burung, Kuala Lumpur (Terima kasih Pengurus Komunikasi Taman Burung
Kuala Lumpur, Taufik Sharif)
Majalah : Dewan Bahasa
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka, DBP
Isu : April 2023

“Jiwa Melayu Pekat Dalam Diri”, Rita Kalsom Rafi @ Mangan”
Oleh : Rosli Mohd Nordin

Pada hari raya Aidilfitri tahun 2019, sebuah video perbualan antara seorang remaja
lelaki dengan seorang gadis Mat Salleh yang amat fasih bercakap dalam bahasa
Melayu loghat utara atau lebih tepatnya loghat orang di negeri Pulau Pinang tular di
pelantar Facebook.

Masakan masyarakat umum tidak terkejut, kerana si pemilik rambut
perang ini jika dilihat dan diamati, tiada langsung kelihatan beliau merupakan anak
campuran yang beribukan wanita Melayu Pulau Pinang dengan lelaki British. Rita
Kalsom Rafi @ Mangan hanya tertawa apabila ramai orang yang terkejut mengetahui
beliau fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan merupakan rakyat Malaysia.

Lebih mesra dikenali sebagai Rita, wanita yang merupakan Guru KesihatanYoga dan
usahawan ini selain lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa Melayu, jati diri beliau
sebagai rakyat Malaysia juga menyebabkan Rita amat bangga menjadi rakyat negara
ini. Ikuti temu ramah Rosli bersama Rita bagi mengisi ruangan Wawansabda Bahasa.

Latar akademik Rita.
Wanita berketinggian 173 sentimeter ini mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan SMK Saint George, Balik Pulau dan Convent Light Street School,
George Town. Ketika berusia 10 tahun, Rita berpindah ke North East Lincolnshire, England
kerana ayah Rita tinggal perkampungan tersebut. Alasan ayah Rita berbuat demikian

ialah kerana Rita tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Ketika mulamula
pindah di sekolah tersebut, Rita agak janggal untuk menyesuaikan diri di sekolah
tersebut kerana perbezaan budaya khususnya bahasa dan cuaca.

Namun perlahanlahan keadaan tersebut dapat diatasi sementelah Rita bersama kakak dan
adik lelakinya juga turut tinggal bersamanya. Usai menamatkan sekolah rendah, Rita
menyambung persekolahan peringkat menengah di Healing Comprehensive School,
North East Lincolnshire.

Latar akademik Rita tidak terhenti di situ, beliau menyambung pengajian peringkat
diploma dalam bidang Fotografi dan Geografi di Franklin College (Grimsby). Selepas
memikirkan minat dan keperluan pasaran kerja, Rita mengambil keputusan
menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Hull dalam bidang Pemasaran
dan Pentadbiran.

Ikuti Podcast Wawansabada Bahasa yang dibawakan khas oleh majalah Dewan Bahasa
terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).

posted by glymjandis4