Learn how to get Free YouTube subscribers, views and likes
Get Free YouTube Subscribers, Views and Likes

KISAH KAPAL KD SRI SELANGOR DISERANG KKO KOR KOMANDO OPERASI TENTERA INDONESIA

Follow
ZAIRITV.

KISAH KAPAL KD SRI SELANGOR DISERANG KKO KOR KOMANDO OPERASI TENTERA INDONESIA

Kredit Sumber : Malaysia Military Power
Kredit Sumber : JHEV ATM

KONFRONTASI MALAYSIAINDONESIA 24 Julai 1964

Peristiwa ini berakhir dengan sebuah bot Kor Komando Operasi Indonesia karam dan lima orang komandonya yang lengkap dengan senjata api jenis automatik telah terbunuh ditembak oleh anggota KD SRI SELANGOR yang mengawal perairan Malaysia. Peristiwa yang mengerikan itu berlaku empat batu di Pulau St John, sedang KD SRI SELANGOR menahan dua buah tongkang Indonesia yang hendak datang ke Singapura dengan tibatiba ditembak oleh Kor Komando Operasi Tentera Laut Indonesia.

Leftenan P.K Nettur TLDM menyatakan sedang beliau dan anakanak kapalnya merapati dua buah tongkang Indonesia tibatiba sebuah bot Kor Komando Operasi Indonesia telah muncul dengan jaraknya kirakira 15 ela dari kapalnya. Melihat peristiwa tersebut Leftenan P.K Nettur TLDM mengeluarkan perintah supaya mereka menyerah diri. Tetapi seorang dari ketua bot Tentera Laut Indonesia telah mengeluarkan perintah kepada anak buah kapalnya yang berbunyi 'KKO' yang bermaksud mereka adalah dari Kor Komando Operasi dan seharusnya ditakuti. Bot yang menggunakan enjin sangkut laju itu mengandungi lima orang anggota di dalamnya.
Selepas memperkenalkan diri mereka, bot tersebut menghampiri KD SRI SELANGOR dan terus menembak. Tembakan tersebut telah membunuh Able Electrical Mechanic Abdul Samad bin Sulaiman M964 yang ketika itu sedang menyuluh ke arah bot KKO Indonesia itu. Tembakan KKO turut mencederakan Kadet Kanan Musa bin Jabar dan LRRG Kweh Onn Cheong. POSM Muhamad Khalid bin Sulong J493, serang dan LRRG Kweh Onn Cheong J899, jururadio KD SRI SELANGOR memberitahu apabila saja Leftenan P.K Nettur mengeluarkan perintah tembak, mereka pun bertindak menembak bot KKO Indonesia itu dengan Bren Gun.

Dalam serangan balas inilah kelimalima orang anggota KKO tersebut telah terbunuh dan bot mereka tenggelam. KD SRI SELANGOR terus masuk ke Teluk Air Basin(TAB) pada jam 0100H, di mana terdapat ambulance berada di jeti untuk membawa jenazah dan anggota yang cedera ke British Medical Hospital (BMH) Alexander, Singapura.

#SayangiMalaysiaku #KdSriSelangor #kko #veterantenteradisanjungi #tldm #terimakasihveteranku

posted by urologicojo