Get real, active and permanent YouTube subscribers
Get Free YouTube Subscribers, Views and Likes

Nasi Minyak mudah dan sedap

Follow
Nassers Kitchen

Resepi Nasi Minyak yang mudah dan sedap menggunakan periuk nasi biasa. Sangat sesuai dipadankan dengan Ayam Masak Merah atau Ayam Masak Briyani. Selamat mencuba!

* SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o





Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Nasi Minyak. Saya akan kongsikan resepi yang mudah disediakan menggunakan periuk nasi biasa sahaja tapi tidak kurang sedapnya. Tanpa berlengah lagi, Jom kita ke dapur!

Bahan utama yang kita perlukan, 8 cawan sukatan periuk nasi beras. Saya gunakan beras Basmati. KIta juga perlukan 3 biji bawang merah. 4 ulas bawang putih. 2 inci halia. 2 batang kayu manis. 1 kuntum bunga lawang.
8 biji buah pelaga. 8 biji cengkih. Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris nipis seperti ini.

8 helai daun pandan diikat seperti ini. 3 sudu besar minyak sapi. 2 cawan susu cair.

Mulamula sukat 8 cawan sukatan periuk nasi seperti ini. Cuci beras dengan air sehingga jernih. Seperti ini dan rendam untuk 20 minit. Buangkan air dan ketepikan dahulu.

Panaskan 3 sudu besar minyak sapi. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan untuk 12 minit dan masukkan cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang. Bila bawang mula kelihatan garing, masukkan duan pandan. Dan tambahkan 2 cawan air dan 2 cawan susu cair. Kacau! Jangan Tak Kacau!

Tambah 4 sudu kecil garam. Kacau supaya garam larut. Kemudian tambahkan ke beras yang telah dicuci tadi. Gaulkan supaya rata. Tambahkan air hingga ke tanda paras 11 sukatan. Tutup periuk nasi dan tekan butang masak.

Bila nasi sudah masak, tuangkan pewarna kuning seperti ini dan tutup periuk untuk 5 minit agar warna dapat meresap. Untuk perisa yang lebih sedap boleh gunakan saffron yang telah dicampur air.

Setelah 5 minit, buka tutup periuk nasi dan gaulkan nasi minyak seperti ini, agar supaya warna nasi minyak lebih menarik. Nasi minyak siap untuk dihidangkan dengan lauk kegemaran anda seperti ayam masak briyani atau ayam masak merah. Selamat mencuba!

posted by Fultyepitly0e