15 Free YouTube subscribers for your channel
Get Free YouTube Subscribers, Views and Likes

Pencapaian klien kami Juniati Binti Sahide

Follow
PERKESO Rehabilitation Centre

Malang tidak berbau. Kita berdepan dengan segala kemungkinan dan bahaya setiap hari. Inilah yang telah terjadi pada Puan Juniati Binti Sahide, yang telah mengalami kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan untuk pergi ke tempat kerja di Melaka.

Motosikal yang ditunggangi bersama anak beliau telah dirempuh oleh sebuah kereta. Kemalangan tersebut menyebabkan keduadua belah tulang peha beliau patah.

Selepas itu, beliau telah dirujuk untuk menjalani rawatan rehabilitasi di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Melaka. Setelah hampir 9 bulan menjalani program rehabilitasi yang intensif secara berperingkat, tempoh ketidakupayaan Puan Juniati telah dikurangkan dan beliau akhirnya berjaya kembali bekerja semula!

posted by tonskiet