Buy real YouTube subscribers. Best price and warranty.
Get Free YouTube Subscribers, Views and Likes

Resepi Nasi Arab Kambing - Paling Mudah 2023

Follow
Nassers Kitchen

Resepi Nasi Arab Kambing versi Nasser's Kitchen ialah resepi nasi arab berasaskan Nasi Mendi yang telah diolah dan dipermudahkan mengikut cita rasa tempatan. RESEPI lengkap dan senarai bahanbahan di laman web Nasser's Kitchen https://www.nasserskitchen.com/resepi...












Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini diilhamkan dari timur tengah, Nasi Arab Kambing Mendi versi saya. Tidaklah 100% macam Mendi asli yang dibakar dalam tanah tetapi cara yang lebih mudah tapi tak kurang sedapnya. Jom kita ke dapur!

Bahan utama yang kita perlukan 2kg daging kambing dipotong kecil seperti ini. Saya gunakan bahagian bahu dan peha.

Kita juga perlukan 4 biji bawang merah dan 5 ulas bawang putih. Keduaduanya perlu dikisar seperti ini.

3 Biji cili hijau, 3 biji cili padi hijau ( untuk yang suka pedas ), 6 ulas bawang putih, sedikit kayu manis, 10 kuntum bunga cengkih, 10 biji buah pelaga dan 1 inci halia.

Cili, halia dan bawang putih perlu dihiris seperti ini.

6 sudu besar rempah kurma. Saya gunakan rempah kurma untuk meringkaskan resepi ini kerana kebanyakkan rempah dalam Nasi Mendi sudah ada didalam campuran rempah kurma seperti ketumbar, jintan, 4 sekawan, dan lainlain.

2 sudu besar jintan manis

1 sudu besar serbuk lada hitam kasar

1 sudu kecil serbuk lada putih Aji Shio

Sedikit komakoma atau saffron

3 helai daun salam.

Kita mulakan dengan menumis bahan kisar, bawang merah dan bawang putih. Kita akan masak daging kambing dahulu kerana kita akan gunakan sedikit air rebusan kambing untuk masak nasi Mendi.

Nasi Mendi yang asli sukar untuk disediakan di rumah kerana dimasak dalam tanah dengan arang. Jadi resepi ini akan menggunakan beberapa kaedah lain yang lebih sesuai digunakan dirumah.

Bila bahan kisar sudah wangi, kita masukkan kayu manis, cengkih, buah pelaga dan halia.Tumis untuk 12 minit.

Masukkan rempah kurma. Dan gaulkan sebati. Kalau terlalu kering tambahkan sedikit air supaya rempah tidak hangus dan lebih mudah disebatikan. Tumis untuk 23 minit lagi.

Masukkan Jintan Manis. Lada hitam kasar , dan lada putih Aji Shio.

Tambah sedikit air lagi dan gaulkan sebati.

Sekarang kita masukkan daging kambing. Jangan risau kalau nampak air berwarna merah dalam daging. Itu bukanlah darah tetapi pigmen berwarna merah dalam daging yang dinamakan myoglobin, sejenis protien yang terdapat di dalam daging.

Gaulkan supaya setiap permukaan daging disalut dengan campuran rempah.

Jangan biarkan rempah melekat di tepi periuk.

Masukkan bawang putih, Cili hijau dan cili padi hijau. Nasi Mandi yang asli tidak berapa pedas dan cuma guna cili hijau sahaja. Saya lebih suka yang pedas, tapi kalau nak tinggalkan cili padi pun boleh. Masak untuk 23 minit lagi.

Sekarang kita tambah 1500ml air atau 5 cawan air. Gaulkan supaya rempah larut sepenuhnya di dalam air. Daging boleh dimasak di dalam periuk tetapi untuk menjimatkan masa , saya akan masak di dalam pressure cooker.

Pindahkan daging kedalam pressure cooker. Dan juga air rebusan.

Tambah 1 sudu kecil serbuk kunyit, sedikit komakoma. Komakoma adalah perisa penting di dalam masakan Mendi dan juga akan memberikan warna kuning. Kalau tak ada komakoma boleh gunakan pewarna kuning.

4 sudu kecil garam atau secukup rasa. Tutupkan dan masak mengikut peraturan atau setting pressure cooker anda. Biasanya akan mengambil masa 4050 minit.

Begini rupanya setalah dimasak. Ketepikan dahulu sementara kita sediakan nasi mendi.

Untuk 2 kila daging kita akan masak 4 cawan sukatan periuk nasi beras basmati.

Cuci beras dengan air sehingga air menjadi jernih. Mencuci beras akan mengurangkan kanji terlarut semasa kita masak nasi. Kanji ini akan membuat nasi melekat dan tidak berderai. Oleh itu langkah mencuci beras ini amat penting untuk hasil terbaik. Beras basmati kaya dengan satu perisa khas yang sensitif pada haba. Merendam beras sebelum dimasak akan membolehkan beras menyerap lebih banyak air dan waktu memasak dapat dipendekkan. Ini akan menghasilkan nasi yang lebih sedap.

Bila air sudah kelihatan jernih, tambah air dan rendamkan untuk 30 min sehingga 1 jam.

Bahanbahan tumisan untuk nasi ialah 2 batang cili hijau, 2 batang cili padi hijau, 1 biji bawang holland, 6 ulas bawang putih , 3 helai daun salam, dan 1 kiub pati lembu ( jika suka ).

Cili,bawang dan bawang putih dihiris seperti ini. Kita juga perlukan 1/2 inci halia dihiris.Parutan kulit 1 biji lemon. Sedikit kismis, terpulang berapa banyak anda suka nak letak. Dan sedikit komakoma atau Saffron. Kalau tak ada, boleh gantikan dengan pewarna kuning.

1 1/2 sudu besar jintan manis, 3 sudu besar rempah kurma, 1 sudu besar serbuk lada hitam.

Panaskan 1 sudu besar mintak masak. Tambah 2 sudu besar minyak sapi.

Bila minyak sapi sudah cair dan panas, masukkan bawang holland.

Masukkan bawang putih bila bawang holland mula layu. Tumis dengan api sederhana untuk 1 2 minit.

Masukkan cili hijau dan cili padi.

posted by Fultyepitly0e