Grow your YouTube channel like a PRO with a free tool
Get Free YouTube Subscribers, Views and Likes

RETROSPEKTIF: MALAYA (1961)

Follow
FINAS Malaysia

#LensaFINAS
#RetrospektifSinema
FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari 'Malaya' (1961) arahan Lee Meow Siong terbitan Malayan Film Unit (kini FINAS) yang memaparkan keindahan dan keunikan Tanah Melayu melalui kepelbagaian agama, kaum dan budaya dari lensa tiga kumpulan pengunjung dari luar negara. Meraih penghargaan di 1st Asian Pacific Film Festival, Honolulu, Amerika Syarikat, tonton dokumentari ini secara eksklusif hanya di saluran BERNAMA TV pada 18 Mac 2021 (Khamis) jam 8.30 malam dan YouTube FINAS Malaysia pada 19 Mac 2021 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di    / finasmalaysiamy  

Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio
filem ‘MALAYA (1961)’ ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment

● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.

● Tayangan Filem 'MALAYA (1961)' ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**

● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**

posted by iskupei2