15 YouTube views, likes subscribers in 10 minutes. Free!
Get Free YouTube Subscribers, Views and Likes

Semoga saudara Idham terus bangkit dan tidak putus asa dalam meneruskan kehidupan.

Follow
PERKESO Rehabilitation Centre

", , ," ungkap Orang Berinsurans (OB) PERKESO, Muhammad Idham bin Rahim, 32 tahun.
Saya ingin kongsikan satu video yang mengisahkan perjalanan Muhammad Idham, yang mengalami hilang upaya kekal dan telah mampu berjalan menggunakan alat bantuan serta dalam proses untuk mendapatkan pemulihan yang maksimum.
Pada usia 32 tahun, Orang Berinsurans (OB) ini mengalami 'bilateral lower limb weakness', iaitu kelumpuhan di keduadua kaki akibat penyakit Tuberkulosis (TB) Tulang Belakang yang dialaminya. Setelah disahkan menghidap TB Spine oleh Hospital Besar Melaka, beliau dimasukkan ke Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Melaka untuk menjalani pemulihan.
Hari ini, Muhammad Idham bergiat aktif menjalani terapi cara kerja demi mendapatkan rawatan pemulihan komprehensif dan holistik. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan fungsi anggota tubuh badan sehingga mampu berdikari dalam kehidupan seharian, pekerjaan serta aktiviti riadah menerusi program 'Return to Work' PERKESO.
Justeru, antara rawatan pemulihan kecederaan saraf tunjang yang dijalani adalah meningkatkan kekuatan fizikal, rawatan hidroterapi, penggunaan teknologi robotik Cyberdyne dan pelbagai modul rawatan kecederaan saraf tunjang yang intensif. Berkat usaha gigih beliau, Muhammad Idham yang suatu ketika dahulu tidak mampu menguruskan diri sendiri, kini telah berjaya berjalan dengan alat bantuan dan sedang menuju ke arah pemulihan maksimum!
Syabas kepada beliau kerana sentiasa bersemangat dan tidak pernah putus asa dalam menjalani proses pemulihan.
#PERKESO #PERKESOMembawaSenyuman #Rehab #PusatRehabilitasiPERKESO

posted by tonskiet