Get real, active and permanent YouTube subscribers
Get Free YouTube Subscribers, Views and Likes

🍜🐔 Semua orang perlu tahu resepi Soto Ayam ini! 🤤👌 | Ramadan Raya 2023

Follow
iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Soto Ayam di: http://www.icookasia.com/sotoayam/'>http://www.icookasia.com/sotoayam/

English version:   • Chicken Soto Recipe | iCookAsia  

Mari kongsikan resipi Soto Ayam yang pasti memukau lidah anda! Dengan bahanbahan berkualiti seperti dada ayam, bawang putih, halia, dan ramuan yang kaya seperti serai, bunga lawang, dan kayu manis, rasa kuah soto ayam ini pasti menyelerakan! Tambahkan sambal kicap yang pedas dan manis untuk sentuhan tambahan! Jangan lupa kacang tanah rangup dan soun lembut untuk memperkayakan lagi tekstur hidangan! Sajikan panaspanas dengan nasi impit dan bergedil yang garing di bahagian atasnya. Sedia untuk memikat selera anda! ‍

Bahanbahan (untuk 2 orang)

Bahanbahannya:

1. 4 bungkus kecil nasi impit
2. 1 cawan taugeh yang telah dicelur
3. Daun sup (dihiris halus)
4. Sedikit bawang goreng
5. 2 sudu kacang tanah
6. Soun secukupnya
7. Bergedil

Bahanbahan untuk kuahnya:

1. 300gm dada ayam(dihiris)
2. 3biji bawang merah(ditumbuk kasar)
3. 2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
4. 2 inci halia (ditumbuk kasar)
5. 3 tangkai serai (diketuk)
6. 1 kulit kayu manis
7. 3 kuntum bunga lawang
8. 3 bunga cengkih
9. 3biji buah pelaga
10. 1 sudu kecil jintan halus
11. 500gm air
12. Garam secukup rasa

Bahan bahan untuk sambal kicap pula

1. 10 biji cili padi
2. 6 ulas bawang putih
3. 2 sudu besar gula
4. Kicap manis dan kicap masin secukup rasa

Boleh guna kuali ni untuk masak: https://invle.co/clhm830'>https://invle.co/clhm830

Cara membuat

1. Mulakan dengan merebus nasi impit lebih kurang 40 minit. Nasi impit yang telah disejukkan dipotong empat. Ketepikan dahulu

2. Kemudian tumbuk kasar bawang merah bersama bawang putih. Panaskan sedikit minyak, tumis yang telah ditumbuk kasar bersama bawang bersama bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan jintan halus. Tumis sehingga naik bau.

3. Setelah itu masukkan halia dan serai yang telah diketuk. Kemudian masukkan air, garam dan ayam. Didihkan sebentar.

4. Setelah ayam empuk, keluarkan ayam tersebut dan carikcarikkan

5. Untuk membuat sambal kicap, kisar cili, bawang putih, kicap manis,kicap masin dan gula sehingga halus.

6. Kemudian goreng soun dan kacang tanah di dalam minyak yang panas

7. Selepas itu masukkan soun, kacang tanah, bergedil, nasi impit, kuah, taugeh, ayam yang telah dicarik, daun sup, bawang goreng dan sambal kicap ke dalam mangkuk. Soto ayam sedia untuk dihidang.

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipiresipi enak kami yang lain.

Boleh guna kuali ni untuk masak: https://invle.co/clhm830'>https://invle.co/clhm830

Follow kami di:

Facebook:   / icookasia  
Instagram:   / icookasia  
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter:   / icookasia  

posted by Prototyp3j