It was never so easy to get YouTube subscribers
Get Free YouTube Subscribers, Views and Likes

Soal kerajaan baru tak dibangkitkan kata Anwar selepas menghadap Agong

Follow
THE MALAYSIAN INSIGHT

Soal pembentukan kerajaan baru tidak berbangkit sewaktu menghadap Yang diPertuan Agong di Istana Negara hari ini, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

"Itu soal yang tidak berbangkit sekarang," katanya kepada media sejurus keluar daripada Istana.

Presiden PKR itu sebaliknya berkata, beliau merayu Sultan Abdullah tidak meneruskan pelaksanaan darurat yang akan diputuskan Agong dibawah kuasa baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kita bincang soal kedudukan dalam negara, keyakinan rakyat, pelabur. Kita minta supaya ada satu perubahan yang baik dan ini perbincangan kita mulakan.

"Saya junjung kasih kerana kesediaan Tuanku mendengar dengan teliti dan memberi nasihat dan titah sewajarnya," katanya lagi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu tiba di Istana Negara sekitar 10.37 pagi tadi dan keluar kirakira 12.10 tengahari.

Pagi tadi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menghadap Agong dan beredar dari Istana beberapa jam kemudian.

Petang ini, pemimpin pembangkang lain yang dijangka menghadap Agong ialah Amanah dan DAP.

Manakala, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pula dijangka menghadap Sultan Abdullah esok.


#news #malaysia
Donate to us to show your support and help us sustain as an independent online news portal that delivers breaking news. Your contribution matters, support us https://paypal.me/themalaysianinsight

Website https://www.themalaysianinsight.com/
Telegram https://t.me/msianinsight
Twitter   / msianinsight  
Facebook   / themalaysianinsight  
Minds https://www.minds.com/themalaysianins...

posted by amortentud