Grow your YouTube channel like a PRO with a free tool
Get Free YouTube Subscribers, Views and Likes

Sup Ayam Thai serius kena cuba.

Follow
Che Nom

Kali ini Che Nom nak masak makanan yang ringkas, tapi cukup sedap iaitu Sup ayam ala Thai.
Beza sup ayam ni dengan sup ayam yg biasa tu ialah, sup nya lebih kepada rasa masam, tidak terlalu banyak rempah, tapi rasa sedap kuah tu datang dari bahanbahan fresh yang bagi Che Nom wajib ada lah kalau nak masak sup ayam style macam ni.
Kena ada daun ketumbar, daun limau purut, serai, dan batang saderi atau celery.

Memang refreshing rasa sup nya. Kita perlu tumis bahanbahan sampai naik bau dan masak ayam sehingga kecut atau separuh masak, minyak ayam akan keluar, dgn cara ni, ayam lebih menyerap rasa dan lebih sedap isinya.

Kuah sup pun jadi lebih sedap juga lah. Kalau tekak rasa kurang sedap, kurang sihat kena sangat dengan sup ayam ala Thai ni.

//Bahasa Melayu

Bahanbahan rempah tumis:
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 cengkih
1 sudu besar lada hitam biji

Bahanbahan lain:
34 sudu besar minyak masak
12 biji bawang merah
45 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
Daun ketumbar
1.4 kilo/ 1 ekor ayam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 batang lobak merah
1 batang saderi
Air secukupnya
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar sos ikan
2 helai daun limau purut
½ biji bawang holland
10 tangkai cili padi
12 biji tomato
Garam, secukup rasa
Limau nipis

Bahanbahan untuk sambal belacan:
23 biji cili merah
10 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
½ biji bawang holland
½ biji tomato
1 inci belacan
12 sudu kecil gula
½ sudu besar serbuk perasa
Sedikit air
Garam, secukup rasa
Jus limau nipis, secukup rasa

//English

Ingredients for spices:
1 stick cinnamon
4 cardamom pods
2 star anise
3 cloves
1 tablespoon black pepper pods

Other ingredients:
34 tablespoons cooking oil
12 shallots
45 cloves garlic
1 inch ginger
1 stalk lemongrass
Cilantro
1.4 kilos/ 1 whole chicken
1 tablespoon coriander powder
1 carrot
1 stalk of celery
Enough water
1 chicken stock cube
2 tablespoons fish sauce
2 pieces kaffir lime leaves
½ yellow onion
10 stalks bird's eye chili
12 tomato
Salt, to taste
Lime

Ingredients for sambal belacan:
23 red chillies
10 stalks bird's eye chili
3 cloves garlic
½ yellow onion
½ tomato
1 inch belacan
12 teaspoons sugar
½ tablespoon seasoning powder (MSG)
A little water
Salt, to taste
Lime juice, to taste

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook

posted by janicexchung1z