It was never so easy to get YouTube subscribers
Get Free YouTube Subscribers, Views and Likes

Talam Cendol Lemak Manis Disukai Ramai | Sukatan Cawan

Follow
Dapur Ibunda

Assalamualaikum hai semua! Harini Dapur Ibunda akan kongsikan Resepi Talam Cendol yang rasanya lemak manis dan sudah tentu akan menjadi kegemaran ramai. Resepi Talam Cendol ni sesuai sangat dihidangkan untuk keluarga terutama pada bulan Ramadhan yang bakal
menjelang. Dapur Ibunda akan berikan resepi yang sangat mudah untuk diikuti para penonton. Rugi sangat kalau tak cuba tau..Jom kita sediakan bahan bahan nya

Bahan Bahan

(A) Air Gula
120 gram/ 3/4 cawan gula merah
110 gram/ 1/2 cawan gula pasir
250 ml/ 1 cawan air

(B) lapisan atas
200 gram/ 1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
2 biji telur gred C
375 ml/ 1 1/2 cawan santan
1/2 sudu kecil garam

(C) lapisan bawah
180 gram/ 1 1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
160 gram/ 3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
1 3/4 cawan cendol
620 ml/ 2 3/4 cawan santan pekat

Terima Kasih kerana menonton! Jangan lupa tekan button like, subscribe dan comment untuk perkongsian resepi di masa akan datang

posted by huyserg9