It was never so easy to get YouTube subscribers
Get Free YouTube Subscribers, Views and Likes

ZAHARIZ KHUZAIMAH HAMPIR MAUT Beberapa Kali! Cerita Pengalaman Dengan Basikal Aku Menjelajah

Follow
Pelan Pelan Kayuh

Dulu kalau aku drive kereta dari Rawang nak ke KL, aku akan nampak satu papan iklan rancangan TV Alhijrah 'Dengan Basikal Aku Menjelajah' di Sungai Buloh. Kelihatan gambar seorang lelaki dengan basikal yang penuh dengan barangan. Gambar tu bagi aku nampak sangat dramatik dan tajuk pun sangat rare.

Sejak nampak papan iklan tu, aku mula follow rancangan ni. Aku memang suka filem2 pengembaraan. Tapi bukan sebarangan filem pengembaraan, aku suka tengok filem2 pengembaraan yang jenis 'Self Filming'. Bagi aku filem2 jenis ni lebih real sebab takde kru untuk mengatur jalan cerita. Self Filming ni bermaksud dia lah yang mengembara dan dia jugak lah yang shooting video. Bayangkan cabaran yang perlu dihadapi untuk buat Self Filming ni. Dalam kes Zahariz ni, dialah yang buat segalanya sampai ke edit video.

Aku follow ramai pengembara berbasikal dalam Youtube. Antaranya Imran Mughal, Iohan Gueorguiev dan Edd Pratt. Bila tengok video2 diorang ni, terasa macam aku pun ikut mengembara dengan diorang. Bila tengok video2 macam ni, itu yang buat aku semangat nak kayuh basikal. So, bayangkan macam mana perasaan aku bila ada rakyat Malaysia sendiri yang buat filem pengembaraan macam ni, bertambah bangga lah aku pada Zahariz ni. Idola aku level tertinggi.

Apa yang membezakan Zahariz dengan kebanyakan pengembara basikal lain adalah tempat2 yang dia pergi tu semua level2 extreme. Dia bukan sahaja kayuh basikal di jalanraya, tapi masuk redah gurun, salji, gunung dan tempat2 lain yang mencabar had kebolehan manusia biasa. Begitulah kentalnya Zahariz. Walaupun Zahariz bermula adventure dia dengan mengayuh basikal, dia bukan lah seorang cyclist. Dia adalah seorang adventurer atau dalam Bahasa Melayu, petualang.

Aku kenal Zahariz ni dah lama.... dah bertahun. Cuma dia je yang tak pernah kenal aku. Hahahahah. Tapi pernah jugak dia komen kat video Youtube Pelan Pelan Kayuh. Dan kalau aku komen kat IG atau channel Youtube dia, tak pernah dia tak reply. Kebetulan Zahariz ni kenal dengan Fadil (sama2 kayuh kat Jepun dengan aku). Dia ajak sarapan sama. So dapat lah aku berpeluang sembang ngan Zahariz. Kitorang sembang lama jugak. Banyak cerita2 dia yang lebih menarik masa off camera. Dia ni bila sembang off camera lagi macam2 cerita keluar. Hahahahah.

Sebenarnya, aku selalu berangan nak jadi macam Zahariz ni. Ada jugak video dalam channel Youtube Pelan Pelan Kayuh yang aku konon perasan tiru macam Zahariz. Hahahaha. Tapi aku sendiri pun tak pernah mulakan adventure aku sendiri. Hahahaha. Kalau ada rezeki, mungkin satu hari nanti.

Aku harap korang enjoy video sembang santai ngan Zahariz ni. Jangan lupa tekan butang LIKE dan Share ngan kawan2 lain. Kalau belum Subscribe, boleh la subscribe sekali. Thanx geng.... paling utama ... thanx Zahariz

ZAHARIZ KHUZAIMAH
Youtube Channel    / zfilmsproduction  
Instagram https://www.instagram.com/zahariz/?hl=en

Club Strava Pelan Pelan Kayuh :   / strava  

Group Telegram Pelan Pelan Kayuh : https://t.me/joinchat/OtuAqxbODI9dXeE...

Music
Hit My Soul by Silent Partner

posted by streetparlay0n